Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Sambutan Raya, Ulang Tahun TotalEnergies Ke-100
02/05/2024

mjpm_020524.jpg

TotalEnergies EP (Brunei) B.V telah menganjurkan Sambutan Hari Raya dan Ulang Tahun TotalEnergies Ke-100 yang berlangsung di Dewan Bankuet BRIDEX, Jerudong hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha dan Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Awang Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah.

Turut hadir, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan dan para jemputan khas serta kakitangan TotalEnergies EP (Brunei) B.V.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan tayangan video dan diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne.

Majlis diserikan dengan sebuah filem pendek yang mempamerkan perjalanan syarikat dan pameran yang mengetengahkan peristiwa penting, cabaran dan penyesuaian sepanjang sejarahnya sejak 28 Mac 1924. 

TotalEnergies kekal komited untuk membina tenaga masa depan sistem sambil memastikan bekalan tenaga hari ini dan berdiri di barisan hadapan dalam peralihan tenaga.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​